Pas pernah bantah pelantikan duta khas bertaraf menteri

Pas pernah bantah pelantikan duta khas bertaraf menteri

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man pada 14 ogos 2018 dengan jelas menuntut agar kerajaan PH pada masa itu agar tidak mengikut cara pentadbiran BN dengan melantik pengerusi DAP sebagai duta khas. Semalam PAS pula bergembira apabila presidennya dilantik sebagai Duta Khas PM bertaraf Menteri ke Timur Tengah.

Berikut kenyataan penuh Tuan Ibrahim pada masa itu :

Jangan ikut langkah BN

PAS kesal Kerajaan PH mengikut jejak langkah Kerajaan BN dengan melantik Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China.

Di era kerajaan lalu (BN), Pembangkang mengkritik tindakan Kerajaan BN melantik Duta khas Perdana Menteri bertaraf menteri ialah Samy Vellu (India dan Asia Selatan), Ong Ka Ting (China) dan Tiong King Sing (Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan).

Rakyat dimaklumkan kerajaan tidak mampu laksanakan janji 100 hari dan pembatalan pelbagai projek yang memberi impak besar kepada kepentingan rakyat disebabkan ketiadaan kewangan.

Namun, dalam ketiadaan wang untuk rakyat, pelbagai tindakan kerajaan seperti mengadakan semula Formula 1, Kereta Nasional dan kini perlantikan Duta Khas ke China menyebabkan rakyat terasa dipermainkan.

Jangan ulangi kesilapan BN yang suka memutarbelit fakta dan menipu rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli Parlimen Kubang Kerian
Timbalan Presiden PAS
14 Ogos 2018

Sumber :