Trump Turut Berada Dalam Majlis Bersama Pegawai Brazil Yang Positif Coronavirus

Trump Turut Berada Dalam Majlis Bersama Pegawai Brazil Yang Positif Coronavirus

Seorang pembantu rapat kepada Presiden Brazil yang menghadiri majlis makan malam bersama Donald Trump di Mar-a-Lago pada hujung minggu telah didapati positif coronavirus.

Fabio Wajngarten, setiausaha komunikasi Presiden Jair Bolsonaro, mendapat keputusan diagnosisnya yang disahkan oleh ujian kedua pada hari Khamis, menurut kenyataan dari istana presiden. Beliau adalah sebahagian daripada rombongan presiden semasa lawatan ke Florida awal minggu ini. Gambar yang dipaparkan di media sosial menunjukkan dia bersebelahan dengan Trump, mengenakan topi “Make Brazil Great Again”.

Bolsonaro membatalkan agenda rasminya pada hari Khamis dan tinggal di kediaman rasmi, di bawah pemerhatian perubatan.

Berita Penuh : https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-03-12/trump-met-brazilian-official-who-tested-positive-for-coronavirus