Tragedi Gunung Jerai : Mayat tersangkut di pokok pisang depan rumah

Tragedi Gunung Jerai : Mayat tersangkut di pokok pisang depan rumah.

“Selepas air banjir surut, saya ternampak mayat seorang lelaki tersangkut pada pokok pisang hadapan rumah dan segera menghubungi polis,” kata Mohd Nasir Shuib, 41.

Dia yang tinggal di Kampung Setoi, di sini berkata, menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tidak sempurna berkemungkinan akibat dihempap balak, kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya, polis tiba sebaik dihubungi dan segera membawa mayat berkenaan ke hospital untuk tindakan lanjut.

 Gunung

Mengenai banjir kilat, ceritanya, ia berlaku secara tiba-tiba dan mula disedari pada 4 petang apabila melihat air sungai melimpah.

“Saya pelik tengok paras air sungai naik disusuli bunyi arus yang kuat dan tidak lama kemudian air naik mendadak dan mengalir laju bersama kayu balak di depan rumah saya.

“Suasana bertukar kelam-kabut dengan jeritan penduduk kampung yang tinggal berhampiran sungai meminta tolong,” katanya.

Mohd Nasir berkata, dia bersyukur sempat menyelamatkan semua lima anaknya dan membawa mereka keluar sebelum keadaan lebih buruk.

“Air bercampur pasir masuk ke dalam rumah dan ini kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di kampung ini,” katanya.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/744105/nampak-mayat-lelaki-tersangkut-di-pokok-pisang-depan-rumah

Baca Juga : Masa depan Bersatu malap dalam PRU15, kata penganalisis