Tragedi Gunung Jerai : Anjing bomba berjaya hidu ‘sesuatu’

Tragedi Gunung Jerai : Anjing bomba berjaya hidu ‘sesuatu’

Tragedi Gunung Jerai : Anjing bomba berjaya hidu ‘sesuatu’.Anjing dari Unit Anjing Pengesan (K-19) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengesan bau busuk seperti di kawasan Titi Hayun, di sini, hari ini tidak jauh dari lokasi penemuan mayat kedua dan ketiga dalam kejadian banjir dan tanah runtuh akibat fenomena kepala air di kawasan Gunung Jerai, Rabu lalu.

Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon, berkata bau itu dikesan jam 4 petang tadi, pada jarak kira-kira 200 hingga 300 meter dari tapak rumah dusun di kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Titi Hayun di sini.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya menggunakan bantuan jengkaut untuk mengorek kawasan terbabit untuk mencari kesan bau berkenaan.

“Anjing K-19 yang kita bawa mengesan tanda kemungkinan mangsa kelima berada di kawasan itu.

“Bagaimanapun, usaha pencarian ini menghadapi kesukaran kerana terdapat longgokan batu dan kayu besar, selain akar yang bertimbun.

Tragedi

“Keupayaan anggota untuk melakukan kerja menyelamat menggunakan tenaga amat terhad dan kita terpaksa menggunakan jengkaut untuk mengesan kedudukan bau itu,” katanya ketika ditemui.

Sayani berkata, operasi turut dilakukan mencari mangsa keenam yang masih hilang di kawasan Batu Hampar di sini.

Terdahulu, Sayani melakukan pemantauan di kawasan SAR bagi melihat kerja pencarian yang dilakukan pelbagai agensi, termasuk JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam kejadian jam 4.30 petang Rabu lalu, empat terkorban dalam kejadian banjir lumpur dan kepala air di Gunung Jerai, Titi Hayun dan Salak Denai.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/08/854249/anjing-bomba-kesan-bau-di-lokasi-sar

BACA: Adakah undi percaya Ismail Sabri masih diperlukan?, Ini jawapan pakar perlembagaan