Trafik clear, rakyat patuh arahan ditetapkan

Trafik clear, rakyat patuh arahan ditetapkan

Trafik clear, rakyat patuh arahan ditetapkan.Tiada kesesakan trafik luar biasa di kawasan plaza tol dan jalan masuk sempadan negeri setakat tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias

berkata, sehingga jam 1 tengah hari aliran trafik lancar dan terkawal di semua jalan utama.

“Tiada sebarang maklumat berkenaan kesesakan jalan raya luar biasa di semua laluan hari ini,” katanya

Trafik

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidiladha.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Twitter memaklumkan trafik di semua laluan lebuh raya bertol masih dalam keadaan lancar dan terkawal.

Berdasarkan maklumat trafik dikongsi LLM, aliran trafik di kedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan juga lancar berikutan aliran trafik yang rendah.

Trafik juga lancar di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 serta LPT 2.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/732841/tiada-trafik-luar-biasa-di-plaza-tol-sempadan-negeri

jika Terlepas: Dah la tak pakai facemask, maki hamun orang yang tegur pula