Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya..

Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya. Minggu ini, Toyota Corolla Cross Hybrid pemasangan tempatan (CKD) akhirnya akan membuat penampilan pertama di Malaysia, kurang daripada setahun selepas varian petrol dilancarkan. Nampaknya akan bertambahlah jumlah Corolla Cross di jalan raya kita nanti.

Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya..

Baca juga : BMW iX tampil dengan cukai 0%, mampu jimat RM56,000

Di Thailand, Corolla Cross telah mendapat sambutan hangat sejak ia membuat debut globalnya di sana pada tahun 2020 dan pada tahun kedua di pasaran, makin rancak-rancak berdosa gamaknya.

Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya..

Baca Juga : Perodua Axia diberi wajah baru, kini diberi nama kod D74A.. Apa yang menarik?

Menurut data jualan daripada Jabatan Pengangkutan Darat Thailand, 18,770 unit Corolla Cross telah terjual sepanjang 2021, menjadikannya SUV kompak terlaris di Thailand. Oleh itu, Corolla Cross Hybrid juga merupakan salah satu kenderaan hibrid (HEV) yang paling laris di sana.

Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya..

Baca Juga : Ini 10 sebab mengapa berbaloi tunggu 6 bulan untuk dapatkan Proton X50

Tempat kedua bukanlah milik Honda HR-V, sebaliknya MG ZS yang terjual sebanyak 11,987 unit pada 2021. Jumlah keseluruhan ini termasuk ZS EV. SUV British-China cukup popular di negara gajah putih kerana pembeli melihat nilai SUV itu di luar berbanding lencana semata-mata.

Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya..

Baca Juga : Ini 19 fakta penting perlu diketahui tentang Honda Civic Gen-11

Di tempat ketiga pula diduduki oleh Mazda CX-30 dengan 6,691 unit terjual tahun lepas. Sementara itu, di tempat keempat dengan hanya 4,736 unit sahaja terjual dipegang oleh Honda HR-V.

Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya..

Baca Juga : Proton uji Saga baru, facelift dengan enjin lebih kecil… Harga lebih murah?

Sebenarnya, HR-V bukan berada di kelompok tiga teratas kerana model serba baharu itu hanya dilancarkan pada bulan November. Oleh itu, sebahagian besar jualan datang daripada model semasa di Thailand yang merevolusikan keseluruhan pasaran SUV kompak apabila ia dilancarkan pada 2015. Kini, ia terasa agak ketinggalan zaman berbanding Corolla Cross, ZS, dan CX-30.

Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya..

Baca Juga : Foto kereta sedan model terbaru Perodua kini tular

Walaupun begitu, HR-V serba baharu berjaya menawan rakyat Thailand dengan lebih daripada 6,500 tempahan dalam tempoh sebulan selepas pelancarannya. Walaupun hanya tersedia dengan rangkaian kuasa hibrid e:HEV, itu nampaknya tidak mengganggu pembeli.

Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya..

Berikut ialah kedudukan jualan penuh SUV kompak yang dijual pada 2021, ihsan laman saudara kami, AutoFun Thailand:

Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya..

Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya..

Masih awal lagi untuk mengatakan bahawa Toyota Corolla Cross adalah ‘king’ terbaru dalam segmen ini kerana Honda HR-V serba baharu masih boleh mendaki carta jualan.

Selain itu, saingan China tidak akan berakhir dengan hanya MG ZS kerana Haval Jolion juga boleh mengancam kedudukan crossover Toyota. Bolehkah Corolla Cross mengekalkan kedudukannya pada 2022 atau adakah akan ada juara baharu?

Baca Juga : Gara-gara RFID, PLUS tutup ruangan komen kerana ramai kecam
Ambil masa 6 tahun untuk disiapkan, akhirnya jalanraya tertinggi di Malaysia dibuka