Topeng muka : Menteri umum naik turun harga ikut suka hati

Topeng muka : Menteri umum naik turun harga ikut suka hati

Tiga persatuan farmasi utama di Malaysia kesal dengan keputusan kerajaan menurunkan harga siling topeng muka tiga lapisan kepada RM1.50 tanpa memberi sebarang notis awal atau merujuk kepada pihak berkepentingan terlebih dahulu.

Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Persatuan Farmaseutikal Sarawak dan Persatuan Farmaseutikal Sabah dalam satu kenyataan berkata, di sebalik kebimbangan harga topeng muka kini melampaui harga siling, keputusan terkini kerajaan dianggap tidak adil kepada komuniti ahli farmasi seluruh negara.

Menurutnya, pada 21 Mac lalu, kerajaan mengumumkan harga siling bagi topeng muka tiga lapisan adalah RM2 dan ia menyebabkan ramai pengusaha farmasi untuk melakukan tempahan awal pada kadar harga siling itu.

“Bagaimanapun, hanya selepas sembilan hari diumumkan, harga siling topeng muka dikaji semula dan penurunan harga siling secara mengejut akan memberi kesan negatif dalam kalangan komuniti pengusaha farmasi, pengimport, pemborong dan pengilang seluruh negara.

Berita Penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/76547/KHAS/Koronavirus/Kesal-kerajaan-turun-harga-siling-topeng-muka-tanpa-notis

COMMENTS