Titisan air mata iringi rasa syukur peniaga terima lesen niaga MBSA

Titisan air mata iringi rasa syukur peniaga terima lesen niaga MBSA

Alhamdulillah. Akhirnya keluh resah peniaga kecil di Sungai Buloh mendapat perhatian MB Selangor
Atas arahan DS Amirudin Shari ,program penyusunan semula peniaga-peniaga kecil di Sungai Buloh mendapat sambutan yang menggalakkan
Ada yang sampai menitiskan air mata kerana sudah lama menantikan permit untuk berniaga di Sungai Buloh

Kerajaan Selangor akan memperluaskan Program Penyusunan Semula Peniaga dan Penjaja di seluruh negeri sebagai usaha bagi membantu peniaga terlibat. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu juga berikutan sambutan yang menggalakkan program berkenaan di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh anjuran MBSA.

Baru-baru ini, kira-kira 80 peniaga dan penjaja di Bandar Baru Sungai Buloh diberi permit berniaga sementara di daerah itu menerusi program penyusunan semula. Ia susulan Program Penyusunan Semula Peniaga dan Penjaja Bandar Baru Sungai Buloh oleh MBSA yang memberi peluang kepada mereka untuk membuat permohonan permit penjaja sementara serta mendapat penerangan mengenai peraturan yang perlu dipatuhi.

Sementara itu, parti pembangkang, PAS memuji langkah MBSA memudahkan urusan peniaga dan penjaja kecil di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh menerusi program penyusunan semula peniaga dan penjaja yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, usaha MBSA itu merupakan langkah terbaik dan perlu diadakan secara menyeluruh melibatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Sementara itu, seperti laporan Selangorkini, seorang peniaga sate menitiskan air mata sebaik sahaja menerima permit perniagaan sementara daripada MBSA, selepas menunggu lebih tiga tahun. Dalam nada sebak, Tuan Ali Tuan Dahalam, berkata kehadirannya sekadar mencuba nasib dan terkejut dimaklumkan permohonan permitnya diluluskan.

Sumber :

https://selangorkini.my/2020/08/penerima-lesen-niaga-mbsa-bersyukur-titis-air-mata/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/721549/peniaga-kecil-penjaja-sungai-buloh-dibenar-berniaga-semula
https://www.amirudinshari.com/posts/program-penyusunan-semual-peniaga-penjaja-di-bandar-baru-sg-buloh

#TerusBerkerja
#SelangorGempurCovid19
#SelangorMajuBersama

COMMENTS