Tindakan tergesa-gesa batal ordinan darurat sahkan keraguan Umno selama ini

Pemuda Umno mempersoalkan apakah status segala kompaun dan denda dikenakan ke atas rakyat selepas Ordinan Darurat dibatalkan susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan di Parlimen bahawa ia dibatalkan sejak 21 Julai lalu.

Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengumuman Takiyuddin bahawa Ordinan Darurat dibatalkan pada 21 Julai lalu dan kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meneruskan Proklamasi Darurat mengundang pelbagai persoalan, kekeliruan dan kecurigaan.

Pembentangan Ordinan Darurat, PPN berlawanan titah Agong

“Pertama, tindakan kerajaan yang dilihat tergesa-gesa mengumumkan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat semacam mengesahkan pendirian Umno bahawa Ordinan ini mesti dibahas dan ditentukan keabsahannya dalam Parlimen sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 150 (3).

“Kedua, tindakan kerajaan yang tidak mengumumkan pembatalan melalui pewartaan yang jelas lebih awal, mencetuskan tanda tanya apakah benar Yang di-Pertuan Agong telah perkenankan pembatalan tersebut kerana hanya baginda sahaja yang mempunyai kuasa meluluskan dan membatalkan Ordinan-Ordinan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/26/apa-status-kompaun-terhadap-rakyat-selepas-ordinan-darurat-batal-soal-pemuda-umno/

BACA JUGA : Panas !!! Anwar dan Azmin bertikam lidah di Parlimen

COMMENTS

Wordpress (0)