Tindakan tegas terhadap pemilik akaun FB “Alvin Chow” yang menghina Agama Islam

1.Hari ini Pemuda Pakatan HARAPAN Jasin telah menerima maklumat bahawa terdapat adanya kata-kata hinaan terhadap yang mulia baginda Rasululullah s.a.w.
.
2.Kami di sini menegaskan, tidak boleh sama sekali untuk mana-mana individu atau kelompok untuk menghina agama terutama agama Islam melainkan tindakan yang sangat tegas dikenakan terhadap mereka.
.
3.Siasatan terperinci perlu dilakukan terhadap penghinaan agama Islam ini, sama ada ianya dilakukan secara terancang untuk melakukan provokasi agama demi menggugat keharmonian negara.
.
4.Semua warga Malaysia haruslah faham, keharmonian wajib dijaga tanpa mengira bendera parti politik, bangsa mahupun agama.
.
5.Agama Islam ialah agama rasmi Malaysia. Sebarang penghinaan dan nista sudah tentu memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia terutama yang Melayu-Islam. Tindakan ini seolah-olah mencabar kedaulatan negara sendiri.
.
6.Pemuda PH Jasin juga tidak menolak adanya kelompok yang sengaja mencipta akaun-akaun palsu di media sosal untuk membakar api perkauman dan agama di Malaysia ini. Kami menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menangani masalah ini supaya ianya tidak berlarutan,.
.
7.Individu yang menulis kata-kata penghinaan di akaun tweeter miliknya iaitu Alvin Chong perlu disiasat dan jika ternyata benar, kami menyokong segala hukuman yang diberikan ke atas pesalah.
.
8.Bersamalah kita menjaga keharmonian di Malaysia ini. Serta kepada yang Muslim, ayuhlah menjaga nama baik agama Islam yang mulia ini.
.
Ustaz Muhammad Bin Kamal
Ketua Pemuda Pakatan Harapan Jasin,