Tindakan tegas kepada restoran mengelirukan umat Islam

Kerajaan akan bertindak keatas mana-mana premis yang menggantung ayat Al Quran semata-mata mahu mengelirukan umat Islam agar mengunjungi premis mereka.

Memetik sumber Sinar Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof ketika diminta mengulas perkara tersebut menjelaskan buat masa ini pihaknya bersama jabatan dan agensi yang berkaitan akan mengambil tindakan kepada mana-mana restoran sekiranya terlibat dalam kesalahan tersebut.

Buat masa ini menurut beliau, JAKIM bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam membuat pemantauan.

Orang ramai juga digesa untuk membuat adua kepada pihak berkuasa jika mengesyaki restoran yang dikunjungi melakukan kesalahan tersebut.