Ketika Covid-19 melanda, tindakan drastik Ronald Kiandee dipertikai

Ketika Covid-19 melanda, tindakan drastik Ronald Kiandee dipertikai

Semalam dilaporkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyusun semula agensi dibawah kementerian itu dengan menamatkan penjawat utamanya di beberapa agensi. Antaranya Fama, Lembaga Pertubuhan Peladang dan lain-lain.

Menjadi hak dan kewajiban Ronald Kiandee melakukan perubahan sesuai dengan citarasanya sebagai menteri. Tetapi mengambil tindakan drastik demikian rasanya kurang sesuai dalam keadaan negara seperti hari ini.

Apa yang beliau patut laku dan mengutamakan adalah jaminan mengenai makanan untuk rakyat. Apakah negara mempunyai stock beras, ikan dan sayur-sayuran serta lain-lain bahan makan mencukupi atau tidak.

Beliau patut mengeluarkan kenyataan khas berhubung perkara ini biar rakyat mengetahuinya. Penjelasan daripada beliau juga penting bagi mengelakkan berlaku kepanikan di kalangan secara tiba-tiba. Ingat makanan sama penting dengan keselamatan.

Bersikap bersedia sedia dari awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan tidak diingini adalah baik, membolehkan rakyat menyiapkan mentalnya. Jangan pula bila keadaan terdesak baru kerajaan (MOA) mengeluarkan kenyataan menjelaskan kedudukan berhubung perkara berkenaan.

Sehingga kini kita belum dengar kenyataan daripada menteri MOA berkaitan perkara itu.

Bagi saya daripada menyusun agensi dan memecat lantikan sebelum ini, tidak sepenting memberitahu rakyat akan kedudukan (kapasiti) atau bahan asas kegunaan rakyat seperti beras, ikan sayur-sayuran, buah-buahan dan peralatan lain. Trims.

Sumber :