Tindakan pembangkang ejek PM adalah sikap orang jahil, kata Hadi

Tindakan pembangkang ejek PM adalah sikap orang jahil, kata Hadi

Tindakan pembangkang ejek PM adalah sikap orang jahil.Perbuatan Ahli Parlimen blok pembangkang yang mengejek Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Sidang Khas Dewan Rakyat kelmarin adalah perbuatan individu yang sangat jahil.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tindakan itu membuktikan pihak berkenaan memisahkan politik daripada agama sehingga menjadikan mereka tidak berakhlak.

“Apabila YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin membuat kenyataan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sempurna, maka kedengaran suara ejekan riuh-rendah pihak yang menandakan tahap kefahaman mereka tanpa disedari dirinya bersifat sangat jahil.

“Inilah akibat apabila politik dipisahkan daripada agama sehingga menjadikannya tidak berakhlak, tanpa menyedari sikap yang terlanjur sehingga melupakan bahawa tiada yang sempurna melainkan Allah SWT sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada hari pertama Sidang Khas Dewan Rakyat Isnin lalu, Perdana Menteri mengakui kerajaan sedia ada bukanlah kerajaan yang sempurna, namun tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita, malah sentiasa bergerak dan bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

pembangkang

Susulan itu terdengar suara Ahli-Ahli Parlimen di blok pembangkang yang mengejek beliau.

Mengulas lanjut Ahli PArlimen Marang itu berkata penularan wabak Covid-19 adalah suatu ujian Allah SWT kepada seluruh dunia yang tiada mana-mana kuasa besar dan kuasa kecil yang dapat menghalangnya.

“Namun begitu, manusia diuji dengan keinsafan. Ilmu dan akal diwajibkan untuk terus merancang, berusaha dan berikhtiar bagi menghadapi ujian wabak dan segala kesan sampingannya.

“Adapun yang menentukan kejayaan memerangi wabak itu adalah kurniaan Allah SWT yang wajib diusahakan dan dipohonkan pertolongan daripada-Nya. Dalam keadaan begini, terdapat orang yang bersabar dan bersyukur dan ada juga yang tidak bersabar dan kufur,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa Allah SWT mengurniakan kemampuan akal dan ilmu kepada manusia, di samping kemampuan hidup bermasyarakat yang mewajibkan mereka saling bertolong-menolong sesama sendiri, sehingga dapat menghadapi masalah besar dalam kehidupan dunia.

“Wabak yang mencipta sejarah dunia ini memberikan kesan sampingan yang menyeluruh kepada manusia, sama ada secara individu, keluarga dan masyarakat sehingga ke peringkat dunia yang luas. Malahan, ia juga melibatkan urusan agama, politik, ekonomi dan lain-lain.

“Maka tindakan yang wajib secara fardhu ‘ain dan fardhu kifayah perlu dilakukan, bukan sahaja dalam aspek perubatan, bahkan melibatkan aspek pentadbiran, keselamatan dan segala kegiatan serta pergerakan untuk hidup.

“Situasi wabak Covid-19 yang dihadapi kini, memerlukan kerjasama sejagat yang holistik, sehingga seluruh manusia laksana berada dalam satu bahtera yang sedang menghadapi taufan yang besar,” katanya.

Berita penuh :https://www.agendadaily.com/isu-semasa/pembangkang-ejek-pm-perbuatan-orang-jahil-hadi-awang/

jika Terlepas: Kerajaan PN derhaka Agong, 3 individu perlu letak jawatan – Pemuda AMANAH