Timb Menteri Pendidikan Mahu Erat Kerjasama Dengan Dhong Zhong

Timb Menteri Pendidikan Mahu Erat Kerjasama Dengan Dhong Zhong

Tidak sampai 24 jam mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara, Timbalan Menteri Pendidikan I, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon mengesahkan akan bekerjasama dengan pertubuhan Dong Zong dan Jiao Zong dalam isu pendidikan Cina.

Hang Soon yang juga Timbalan Presiden  MCA dilaporkan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan gabungan itu untuk menggerakkan reformasi pendidikan.

“Saya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, tapi yang lebih penting ialah menyatukan semua pihak antaranya Dong Zong dan Jiao Zong, pendidik dari semua pihak.

“… untuk bersama-sama saya bekerja keras, membantu saya menggerakkan reformasi pendidikan,” katanya seperti dilapor stesen televisyen NTV7.

Berita penuh : https://www.ismaweb.net/2020/03/11/timbalan-menteri-pendidikan-1-akan-kerjasama-dengan-dong-zong-jiao-zong/