Timb Menteri nikah online : Benda sah dan halal, kata Pemuda Pas

Timb Menteri nikah online : Benda sah dan halal, kata Pemuda Pas

Pemuda Pas Kelantan menyelar tindakan sesetengah pihak yang bersuara mengenai isu Timbalan Menteri Pertanian dan Indusri Makanan yang berkahwin secara online tempohari.

“Rasulullah SAW hidup berpoligami, begitu juga Sahabat Baginda mengamalkan poligami. Bahkan poligami ini Sunnah yang mulia” Ujar Setiausaha Pemuda Pas Kelantan, Ustaz Mohamad Kamal Mohamed.

Beliau meluahkan kehairanan beliau kenapa perkara nikah online ini dijadikan isu. “Sehari dua dok bising YB Dato’ Che Lah kahwin baru.

Benda sah dan halal disisi agama maka jangan pelik dan tak perlu bising. Yang patut dibising ialah soal penzinaan dan pelacuran yang memerlukan tindakan dan hukuman mengikut Islam” kata beliau mempertahankan tindakan Timbalan Menteri berkenaan.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas Kawasan Ketereh dan Ahli Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam malah memuji tindakan Timbalan Menteri berkenaan dan menganjurkan agar umat Islam meniru langkah yang dibuat oleh Timbalan Menteri Berkenaan; “YB Dato’ sudah berpengalaman dalam bab poligami, moga menjadi contoh yang baik kepada kita semua.

Adapun sikap buruk seorang isteri yang mendedahkan benda peribadi (kata orang klate, bendo dale kain) kepada khalayak ramai merupakan benda dilarang dan dikutuk dalam Islam.

Bahkan Islam membenarkan perceraian sekiranya hidup suami isteri tidak boleh diselesaikan atau tiada lagi persefahaman. Islam ada kaedah penyelesaian dalam apa jua isu dan kes.”

Beberapa hari lepas negara digemparkan dengan satu video yang viral menunjukkan seorang Timbalan Menteri sedang menjalankan akad nikah secara online dimana Timbalan Menteri berkenaan bersama bakal isteri berada di suatu kondominum di Kota Bharu manakala jurunikah pula dari Narathiwat, Thailand.

Sumber :

BACA JUGA : Panas !!! Mangsa dera di rumah kebajikan terbongkar bila penghuni positif Covid-19