TikTok buang akaun agensi berita libatkan Palestin buat kali ketiga

TikTok buang akaun agensi berita libatkan Palestin buat kali ketiga

Apikasi media sosial bernama TikTok dilancarkan pada September 2016 oleh Zhang Yimin yang memberi peluang kepada pengguna-penggunanya untuk menghasilkan sebuah video pendek kreatif pada masa yang sama digunakan untuk menyampaikan sebarang maklumat berkaitan ilmu pengetahuan ataupun fakta-fakta menarik, bergantung kepada pemakainya.

Akan tetapi, Tiktok juga kini menjadi medan untuk orang ramai menyalurkan maklumat yang benar dan sahih berkaitan kekejaman tentera rejim Israel yang baru-baru ini melakukan penindasan terhadap penduduk Palestin selain untuk memberitahu perkara sebenar disebalik yang disembunyikan media antarabangsa.

Baru-baru ini, akuan tiktok yang lantang memberikan berita di Palestin iaitu Quds News Network (QNN) dipercayai telah dibuang oleh Tiktok buat kali ketiga berturut-turut.

Berhubung dengan kejadian itu, Pengarah QNN, Ahmad Jarrar, mengutuk tindakan tersebut kerana perkara itu dibuat tanpa sebarang notis awal sedangkan akuan itu hanya membekalkan kandungan mengenai penduduk Palestin serta mendedahkan kekejaman Zionis Israel.

QNN merupakan agensi berita di Palestin dan juga agensi pertama yang membuat akuan di dalam TikTok dan menggunakan platform itu untuk meyalurkan maklumat berkaitan keadaan di Palestin oleh sebab pengguna Tiktok kini telah mencapai lebih dari 732 juta pengguna.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz sedar akan video yang tersebar di aplikasi TikTok berkenaan anti-Israel dan telah melakukan perjumpaan dengan pengerusi TikTok untuk meminta pihaknya membuang sebarang kandungan berunsur anti-Israel.

Ini adalah tindakan untuk menghalang sebarang keganasan yang sengaja disalurkan menerusi media sosial oleh kumpulan ekstremis yang bertujuan merosakkan ‘negara’ kita.

Kita berada dalam situasi kecemasan sosial dan kita perlukan bantuan anda.

Bukan sahaja TikTok, malah terdapat akuan daripada aplikasi lain yang mengandungi kandungan Palestin juga turut dihapus dan dinyahaktifkan dengan alasan untuk mencegah hasutan dan ucapan kebencian.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/umum/buat-kali-ketiga-tiktok-hapus-akuan-agensi-berita-palestin/