Tikam guru dileher, pelajar ditahan Polis

Tikam guru dileher, pelajar ditahan Polis

POLIS Rusia membuka kertas siasatan selepas menahan seorang pelajar berusia 17 tahun yang bertindak menikam seorang guru matapelajaran fizik.

Insiden berkenaan berlaku di Berezniki, Rusia pada Jumaat.

“Kami kini sedang mengambil kenyataan saksi kejadian bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian,” kata polis.

Dalam satu kenyataan diperolehi agensi berita Interfax, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan pelajar berkenaan melakukan jenayah terhadap guru terbabit dengan menggunakan senjata mirip sebilah pisau.

Saksi kejadian memberitahu portal berita Properm.ru, pelajar berkenaan memasuki kelas sebelum mengeluarkan sengata daripada beg dan menikam guru tersebut di bahagian leher.

Mangsa dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Sekolah terbabit ditutup sementara susulan kejadian dan pelajar yang menyaksikan insiden itu diberi perkhidmatan kaunseling.

Akhbar Kommersant mengenal pasti mangsa sebagai Lyudmila Ishmeneva, 74, serta menyifatkannya sebagai guru matapelajaran fizik yang disegani ramai.

Guru terbabit turut pernah memenangi anugerah “Guru Paling Dihormati Rusia”.

Lapor Properm.ru, guru berkenaan telah pencen namun kembali berkhidmat selepas negara berkenaan mengalami masalah kekurangan guru.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/pelajar-ditahan-tikam-guru-di-bahagian-leher-299243