Tik Tok “Ke sana Ke sini” Muhyiddin hiburkan netizen

Satu video yang tular dari aplikasi Tik Tok ternyata berjaya menghiburkan netizen dengan mesej yang begitu “makan dalam”.

Dalam video tik tok yang tular itu, suara latar belakang menggunakan suara Muhyiddin sewaktu sidang media menyebut ” Tapi kalau saudara saudari bergerak kesana kesini kesana kesini…”

Bertambah menarik apabila seiring suara tersebut gambar muhyiddin melompat dari satu parti ke satu parti memberikan mesej politik yang agak sinikal.

Rata-rata netizen melahirkan rasa lucu dan terhibur dengan video tersebut. Sesetengahnya melahirkan rasa syukur kerana mempunyai menteri-menteri “lucu” yang boleh dijadikan jenaka ketika rakyat berhadapan PKP yang tidak tahu bila bakal berakhir.

COMMENTS

Wordpress (0)