Tiga hari terapung di laut, lima nelayan akhirnya diselamatkan

Tiga hari terapung di laut, lima nelayan akhirnya diselamatkan

Tiga hari terapung di laut, lima nelayan akhirnya diselamatkan. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan lima nelayan warganegara asing yang terapung di perairan Malaysia pada kedudukan kira-kira 35 batu nautika barat daya dari Pulau Pangkor, dekat sini semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintah Armada Barat TLDM berkata mereka yang dipercayai warga Indonesia itu telah diselamatkan kira-kira jam 2 petang.

Tiga hari

Katanya, bot yang dinaiki mereka dipercayai telah karam akibat ribut, sebelum mereka terapung di laut selama tiga hari sehingga hanyut ke perairan negara.

“Awak-awak tersebut yang dipercayai berapung di laut selama tiga hari terlebih dahulu diselamatkan oleh bot nelayan tempatan, sebelum dipindahkan ke Stesen Jarak TLDM.

“Mangsa yang dalam keadaan lemah seterusnya diberi bantuan makanan dan minuman oleh Stesen Jarak TLDM sebelum dipindahkan ke Kapal Diraja (KD) Mahamiru yang sedang melaksanakan Operasi Benteng Laut dan juga Operasi Patkor Malindo.

“Seterusnya menyerahkan kesemua awak-awak diserahkan kepada pihak APMM di perairan Pulau Pangkor sebelum diserahkan kepada pihak kedutaan Indonesia untuk dokumentasi selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya lagi dalam melaksanakan tugasan di perairan negara, TLDM bersama-sama APMM akan sentiasa mengutamakan keselamatan serta kesejahteraan pengguna maritim yang lain.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-nelayan-warga-indonesia-terapung-tiga-hari-di-laut-diselamatkan-305677

Jika Anda Terlepas:Panas !!! Pas tak setuju dengan kempen kibar bendera putih