Tiba-tiba akaun bank pasangan suami isteri ada RM49.2 juta! Rupanya ini sebenarnya yang terjadi

Oleh INFORAKYAT

Tiba-tiba akaun bank pasangan suami isteri ada RM49.2 juta! Rupanya ini sebenarnya yang terjadi.

Pasangan kekasihdituduh mencuri kerana membelanjakan wang sebanyak AS$10.5 juta

(kira-kira RM49.2 juta) yang diperoleh daripada kesilapan transaksi mata wang krypto.

Tiba-tiba akaun bank pasangan suami isteri ada RM49.2 juta! Rupanya ini sebenarnya yang terjadi

Wang berkenaan diperoleh pasangan itu selepas menyedari jumlah tunai dalam akaun bank mereka meningkat dengan mendadak.

Malah, pasangan itu didakwa membeli empat rumah dan kelengkapan selain melangsaikan beberapa hutang lain.

Gambar Hiasan

Thevamanogari Manivel dan Jatinder Singh yang didakwa di sebuah mahkamah di Melbourne kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.

Semuanya bermula pada Mei tahun lalu ketika sebuah platform mata wang krypto memasukkan wang berjumlah AS$100 (RM470) ke dalam akaun Manivel.

Bagaimanapun, Manivel menyedari wang berjumlah RM49.2 juta yang dimasukkan kerana kesilapan sistem ketika transaksi dibuat.

Syarikat itu hanya sedar kesilapan yang dibuat ketika audit dijalankan pada Disember tahun lalu.

“Seorang pekerja di Bulgaria yang ditugaskan untuk memproses membayar semula dana pelaburan tersilap memasukkan nombor dalam sistem mereka,” kata Pegawai Pemantau Crypto.com Michi Chan Fores.

Wang itu kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun bank pasangannya, Singh.

Lelaki itu bagaimanapun menganggap wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya adalah hasil kemenangan satu pertandingan yang dianjurkan syarikat berkenaan.

Namun, Fores mendakwa tiada sebarang pertandingan yang dianjurkan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, sebahagian wang sudah dipulangkan semula namun masih ada berbaki AS$3 juta (kira-kira RM14 juta) yang tertunggak

BACA: 

Tentera boleh ambil cuti tak beritahu bos? Ini yang bakal terjadi kalau askar buat perangai macam rakyat biasa

Hanya kerana tegur pemimpin Arab Saudi dalam khutbah solat jumaat, Imam besar Masjidil Haram dicampak ke Penjara