Tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu enggan ambil dos penggalak – KJ

Tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu enggan ambil dos penggalak .Tiada sebarang tindakan undang-undang akan diambil terhadap penerima vaksin Sinovac yang belum mendapatkan dos penggalak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana dari segi undang-undang, kerajaan tidak mewajibkan pengambilan vaksin kepada rakyat di negara ini.
“Tiada tindakan undang-undang… Ia bukan wajib dari segi undang-undang.

“Kalau ada pun, (individu tidak lengkap vaksin) tak dapat menikmati beberapa kelonggaran (seperti penerima) vaksin penuh.

“(Tidak mengambil dos penggalak) akan ada kesan (apabila dijangkiti COVID-19). Tetapi tidak wajib secara undang-undang.

“Kita masih lagi meyakinkan (masyarakat),” katanya dalam sidang media selepas Lawatan Kerja Rasmi ke Ibu Pejabat Kebangsaan, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, di sini pada Jumaat.

Tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu enggan ambil dos penggalak - KJ

Tak layak dapat kemudahan vaksinasi lengkap jika hilang status

Semalam, Khairy berkata dianggarkan dua juta penerima vaksin jenis Sinovac yang tidak mengambil dos penggalak akan hilang status lengkap vaksinasi mereka pada 1 April ini.

Februari lalu, penerima Sinovac dan warga emas berusia 60 tahun ke atas diminta mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac dan mereka akan hilang status lengkap vaksinasi jika gagal berbuat demikian.

KKM kemudian melanjutkan tempoh sehingga 31 Mac 2022 bagi penerima vaksin Sinovac dan warga emas berumur 60 tahun untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.

Mengulas lanjut, Khairy berkata kerajaan juga tidak pernah memaksa untuk pengambilan dos penggalak.

Sebaliknya, jelas beliau saranan pengambilan dos penggalak dibuat berdasarkan data dan bukti sains.

Katanya lagi, pengambilan dos penggalak turut diamalkan di peringkat antarabangsa.

“Malaysia bukan satu-satunya negara yang practic (amalkan) perkara tersebut dan banyak negara lain. Kalau kita tak ambil dos penggalak pada sekian-sekian tarikh, mereka juga akan hilang vaksinasi lengkap dan itu adalah amalan antarabangsa, bukan amalan KKM, Malaysia,” jelasnya.

Justeru, Khairy berkata kementerian akan terus menyediakan kemudahan dan memujuk kumpulan berkenaan agar mengambil dos penggalak.

“Ramai juga kata saya tak nak, saya tak perlu… Tapi kita dapati bahawa untuk kumpulan yang menerima Sinovac, memang kita beli Sinovac dan melihat bahawa vaksin itu berkesan dan memang berkesan untuk menghindari kesan-kesan yang buruk seperti kematian dan kemasukan ke hospital.

“Tetapi apa yang kita tidak tahu pada waktu itu kerana baharu saja dihasilkan vaksin adalah selepas beberapa bulan keberkesanan dia menurun. Kita nampak Pfizer.. AstraZeneca pun menurun tetapi Sinovac agak ketara penurunan,”

TONTON :

BACA:

Ibu ini dakwa anaknya dijerut pengasuh sampai tinggal kesan

Kerajaan umum bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil kini dibuka

Anak perempuan Zul Huzaimy dah besar, cantik tarik perhatian

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)