Tiada perbincangan tentang Mageran dengan Agong, kata Zahid

Tiada perbincangan tentang Mageran dengan Agong, kata Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghadap Yang di-Pertuan Agong selama kira-kira sejam.

Menemui pemberita di luar pintu istana, Zahid berkata dia antara lain menyatakan pendirian bahawa Parlimen wajar kembali bersidang dalam pertemuan itu.

“Umno berpendirian parlimen wajar bersidang.

“Ini bagi memastikan sistem demokrasi negara dapat dipertahankan dan wujud elemen semak dan imbang dalam segala aspek yang berkaitan dengan pentadbiran negara,” katanya.

Dia juga memaklumkan isu Majlis Gerakan Negara (Mageran) tidak dibincangkan dalam pertemuan tadi.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/578482