Tiada pengumuman moratoriun automatik menyeluruh dalam perutusan khas Muhyiddin seperti diharap pelbagai pihak

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat fasa melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Ujar beliau, setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan ‘Tiga Indikator Ambang Utama’ ataupun ‘threshold’ untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

“Indikator pertama ialah keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian.

Indikator kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU).

“Indikator ketiga ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin,” ujar beliau.

Muhyiddin berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri bertajuk Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan fasa pertama: Pelaksanaan PKP Menyeluruh – yang sedang dilaksanakan sekarang dalam keadaan bilangan kes COVID-19 adalah tinggi, sistem kesihatan awam di tahap kritikal dan kadar pencapaian vaksinasi yang masih rendah.

“Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP setelah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes.

“Antara lain sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata peralihan Fasa Pertama kepada Fasa Kedua PKP hanya akan dilakukan setelah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes; sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin.

“Semasa Fasa 2, aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis; pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup.

“Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor; dan aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan,” katanya.

Sementara untuk memastikan peralihan Fasa Kedua kepada Fasa Ketiga PKP, beberapa indikator perlu dipenuhi iaitu purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 2,000 kes; sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi; dan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Semasa Fasa Ketiga, semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan COVID-19 atau melibatkan keramaian.

Selain itu, sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa Kedua; dan aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat, termasuk pembukaan semula Parlimen.

Menurut beliau, peralihan Fasa Ketiga kepada Fasa Keempat PKP hanya dilakukan setelah purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 500 kes.

“Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi dan 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Jelas Muhyiddin, Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana rakyat seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

Selain itu, semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/4-fasa-pelan-pemulihan-negara-3-indikator-utama-jadi-panduan-303292

COMMENTS

Wordpress (0)