Tiada lagi RM2.10, Eco Shop akan umum harga baru mulai 1 Disember ini

Siapa tidak pernah mengunjungi kedai yang menawarkan harga murah, Eco Shop.

Masakan tidak, ia sangat popular kerana menjual pelbagai produk keperluan orang ramai pada harga serendah RM2.10.

Bagaimanapun, selepas ini tiada lagi harga RM2.10. Pihak Eco Shop Malaysia menerusi laman Facebook rasminya mengumumkan perubahan harga kepada RM2.20 di Semenanjung Malaysia dan RM2.30 hingga RM2.40 bagi Sabah, Sarawak dan Langkawi bermula 1 Disember.

Tiada lagi RM2.10, Eco Shop akan umum harga baru mulai 1 Disember ini

“Selama ini, kami sentiasa memegang prinsip di mana kami menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang paling murah. Ini telah menjadikan Eco-shop dikenali dalam kalangan anda semua,” katanya.

“Disebabkan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama, kami perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti, dengan berat hati, kami telah membuat keputusan agar harga jualan kami akan berubah dari RM2.10 kepada RM2.20 (Semenanjung Malaysia) / RM2.30 kepada RM2.40 (Langkawi, Sabah dan Sarawak) mulai pada 1 Disember 2021.

SUMBER :

BACA JUGA : Panas !!! Pemimpin Bersatu dedah ada parti ‘sombong’ mula ajak bincang
Bekas ADUN Asahan meninggal dunia kerana Covid-19

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Tiada lagi RM2.10, Eco Shop akan umum harga baru mulai 1 Disember ini […]