Tiada lagi ‘coleslaw’ di cawangan tertentu KFC

Tiada lagi ‘coleslaw’ di cawangan tertentu KFC.Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi. Kalau pergi ke mana-mana cawangan KFC, anda mesti tercari-cari dengan coleslaw, kan? Ayam goreng ni kalau makan dengan coleslaw memang sempurna! Tak adalah rasa kosong sangat kan?

Tetapi baru-baru ini, min mendapat berita sedih bahawa coleslaw kegemaran kita tidak lagi dihidangkan di beberapa cawangan di Sarawak, Sabah dan juga Langkawi. Huaaa.. sedihnya.

Melalui ciapan KFC Malaysia di laman Twitter, pihaknya telah menjawab soalan oleh seorang pengguna akaun Twitter @aaygx yang merupakan penduduk Kuching, Sarawak :

Pihaknya (KFC) telah memberi keterangan di laman Twitter milik merek

Tiada lagi 'coleslaw' di cawangan tertentu KFC
“Kenapa KFC takde coleslaw dah? @KFCmalaysia KFC Bau sini tiap kali orang order mesti takde?? Even KFC 101 Premier pun sama?? Kenapa? Kenapa? Kenapa???”

Pihaknya telah memberi keterangan dengan menjawab persoalan @aaygx di laman utama Twitter mereka, bahawa mereka tidak lagi menghidangkan coleslaw di cawangan-cawangan tertentu di Sabah, Sarawak dan juga Langkawi.

Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi

Alasannya, batasan logistik tidak benarkan menghantar produk untuk mengekalkan kualiti

“Hi @aaygx, terima kasih atas pertanyaan anda. Dengan dukacitanya, kami tidak menghidangkan coleslaw di cawangan-cawangan tertentu di Sabah, Sarawak dan Langkawi disebabkan batasan logistik yang tidak membenarkan kami menghantar produk yang segar untuk mengekalkan kualiti kami.”

Telah difahamkan bahawa bekalan untuk coleslaw ke Sabah, Sarawak dan Langkawi terpaksa dihentikan atas alasan batasan logistik yang tidak membenarkan pihaknya menghantar produk segar untuk mengekalkan kualiti produk mereka.

Sedihnya bila KFC kita tidak lagi menghidangkan coleslaw sebagai hidangan sampingan untuk dimakan bersama ayam goreng dan snack plate yang selalu kita order. Mungkin dah tiba masanya untuk kita buat resipi coleslaw untuk diri sendiri.

BACA JUGA : 1200 kotak KFC untuk fontliner, Ebit Lew menyumbang lagi dan lagi….
“Apa beza mamak dan KFC dengan kami?” Soalan peniaga ini buat penguatkuasa terkedu
8 perkara yang akan buatkan wajah nampak tua daripada usia

Artikel ini disiarkan pada 15/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)