Tiada lagi botol arak di depan pemain Muslim – EURO

Tiada lagi botol arak di depan pemain Muslim – EURO

Tiada lagi botol arak di depan pemain Muslim. Penganjur EURO 2020 dilapor tidak akan meletakkan botol minuman Heineken di hadapan pemain Muslim lagi selepas ini, lapor Daily Mail.

Malah setiap pasukan, pengurus dan pemain akan ditanya terlebih dahulu apakah perlu untuk meletakkan botol minuman (keras) penaja di podium.

Difahamkan, keputusan tersebut dibuat rentetan isu pemain Perancis, Paul Pogba yang mengalihkan botol minuman berkenaan ketika sidang media selepas perlawanan menentang Jerman baru-baru ini.

Sebagai Muslim, bintang Manchester United itu berbuat demikian adalah kerana tidak mahu ‘terlibat’ dan ‘dekat’ dengan minuman itu atas faktor batas-batas syara’.

Mungkin impak daripada itu, pihak Heineken juga tidak meletakkan botol minumannya di hadapan Karim Benzema semasa sidang media selepas pemain itu terpilih sebagai ‘Star of The Match’ dalam perlawanan menentang Portugal.

Perbuatan mengalihkan botol minuman penaja ini bermula selepas bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menukar botol Coca-Cola di depannya dengan sebuah air minuman kosong.

Untuk rekod, UEFA pernah mengeluarkan amaran kepada pasukan-pasukan agar tidak lagi melakukan perbuatan sedemikian kerana bimbang menjejaskan pendapatan dan saham syarikat penaja.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/06/25/isu-alih-botol-euro-takkan-letak-lagi-botol-minuman-keras-penaja-depan-pemain-muslim/?fbclid=IwAR2PKsjs5PkifKv-5BXFhVnYwv0pAcSxySSnWx_TNlZkYZ2RLY3AwAncq8w