Tiada istilah penat, Pusat Khidmat Parlimen Sepang terus membantu

Tiada istilah penat, Pusat Khidmat Parlimen Sepang terus membantu

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang akan terus berusaha membantu rakyat Sepang melibat tiga kawasan Dun iaitu Dengkil, Sungai Pelek dan Tanjung Sepat di saat Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan dalam membendung penyebaran virus Covid-19.

Pusat Khidmat Rakyat Sepang akan membantu semampu yang boleh agar mereka ini tidak putus bekalan makanan harian mahupun keperluan asas. Apatah lagi di Sepang kebanyakannya bekerja sendiri seperti peniaga kecil-kecilan, petani mahupun nelayan.

Semoga usaha ini akan dipermudahkan oleh Allah, berjalan dengan lancar serta sentiasa berada di bawah perlindungan Allah. Sama-sama kita berdoa semoga Covid-19 ini akan berakhir dan kita semua dijauhkan dari wabak ini.