Tiada istilah B40/M40 waktu pandemik, yang ada hanya golongan berpendapatan dan hilang pendapatan

Tiada istilah B40/M40 waktu pandemik, yang ada hanya golongan berpendapatan dan hilang pendapatan

Sudah hampir 2 tahun, Tetapi agihan bantuan Masih tidak bersasar, Tidak ada penkelasan segmen masyarakat.. Mahaidin masih menggunakan Istilah B40 dan M40.. Inilah Kegagalan Besar Kerajaan..

Akhirnya berlaku jurang Pendapatan, Yang Berpendapatan dapat tambahan tunai, Yang Hilang pendapatan keadaan mereka makin teruk biarpun datang dari kalangan M40..

Umpamanya, Tadi baca Laporan Akhbar, Bagi B40 berpendapatan RM 2500 Kebawah akan menerima RM 500 tambahan, Manakala Bujang RM 100.. Sedangkan GKP RM 1 Ribu sudah diumumkan Sebelum ini, hanya berlaku agihan pada Bulan Julai sedang krisis Pendapatan bermula hari ini..

Untuk mudah Faham begini, Seorang pentadbir Kerajaan yang Bergaji RM 2500 dan Penjual Burger yang bependapatan RM 100 sehari.., sepertinya Kerani Sekolah, Pemandu Van TNB yang dipaksa duduk dirumah , Masih menerima gaji dan Elaun anggota Kerajaan.. dapat tambahan RM 500, Manakala penjual Burger yang kehilangan besar pedapatannya, atau hanya dapat RM 20 sehari Juga menerima RM 500..

Bagaimana orang Bujang, Ini lagi Zalim..Jika bekerja dengan Kerajaan atau GLC kita boleh faham, Bagaimana kalau bekerja sendiri ? Umpamanya mengambil Upah RM 50 Sehari di kedai Makan, Atau pembantu penjual Burger tersebut ? Mereka hanya Dapat RM 100.. Bagi aku ini contoh Keadilan gagal dilaksanakan..Begitu juga kelompok M40..Ada yg jauh lebih terkesan dari B40 ketika Pandemik..

Dalam Islam adil itu ada dua makna, dalam Quran ada ketika disebut Al Adl..dan ada ketika disebut Al Qisth..ada ketika maknanya sama Al Musawah(saksama).. dan satu lagi At Tawazun(keseimbangan).. Itu sebabnya Ulama memberikan tafsir Adil itu..

وَضْعُ الشَّيْءِ فِي مَحَلِّهِ..

Meletakkan sesuatu pada Tempatnya..

Jadi menilai pada sudut Kehilangan Pendapatan itu harus adil dan Bersasar.. Di Singapura contohnya selain IKS dan PKS..mereka menyasarkan satu segmen Khas iaitu Skim Bantuan Bagi Individu Berkerja Sendiri (SIRS),Sebagai contoh kelompok ini Guru Quran, Guru Tuisyen persendirian, Ahli muzik dan penjaja dan Peniaga pasar Tani..

Minggu lepas bila Singapura meningkat kewaspadaan, arahan Duduk dirumah pada tahap 4.. Mereka memperuntukkan Geran Khas lebih SD 800 juta untuk mereka terjejas memohon, Mereka letak sasaran yang tepat, Iaitu Bantuan segera SD 700(RM 2100) kepada yang terpaksa bercuti tanpa pendapatan, Dan SD 500(RM 1500) Bagi yang dipotong atau berlaku kekurangan Pendapatan.. Banyak insentif lain selain Subsidi Sewa..

Itu sebabnya aku kata Kerajaan sejak awal pandemik membazirkan lebih RM 20 Billion suntikal fiskal membantu mereka yang tak terkesan dan berpendapatan, Lebih 7 Juta kelompok ini dibantu.. Samada kelompok Kakitangan Kerajaan,GLC dan Swasta.. Bayangkan PKP 1.0, Kelompok M40 seperti guru pun dapat BPN..

Jika dana diuruskan dengan Baik.. Sebenarnya Kerajaan boleh sasarkan bantuan dengan lebih tepat dan bersasar, Malah bantuan lebih panjang kepada golongan Terkesan seperti di Singapura.. Kerajaan mungkin boleh diberikan geran,Pinjaman tanpa faedah RM 10 ribu kepada kelompok terjejas tanpa perlu keluarkan duit simpanan KWSP apalagi meminjam dari Ah Long dan akhirnya terperangkap dengan belenggu riba…

Itu sebabnya Bila gagal Bersasar, Kesan Ekonomi..Pengangguran jauh lebih teruk biarpun Kerajaan membelanjakan lebih RM 600 Billion.. Jadi jurang rakyat semakin melebar.. Tapi inilah Kerajaan tebuk Atap..Khianat dan gambaran kelompok Ruwaibdhah.. depa tak faham apa pun tentang Ekonomi.. PM hanya pandai baca Doa dan sembang seperti Watak Pak Maun

Sumber: