Tiada aduan diterima lembaga disiplin untuk siasat pemimpin Umno

Tiada aduan diterima lembaga disiplin untuk siasat pemimpin Umno

Meskipun Umno ‘panas’ ketika ini dengan percakaran dalaman dan tuduh-menuduh membabitkan pemimpin tertinggi parti, lembaga disiplin Umno belum menerima sebarang aduan untuk menjalankan siasatan.

“Tiada ‘meeting’ dan tiada sebarang tindakan. Malah tiada apa-apa perbincangan langsung mengenainya,” kata ahli jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno, Sumali Reduan kepada FMT.

Katanya, sehingga kini, lembaga disiplin Umno tidak menerima sebarang aduan untuk menyiasat pemimpin yang didakwa bertindak membelakangkan kepentingan parti.

lembaga disiplin

Beliau enggan mengulas kontroversi yang dikaitkan dengan isu akuan berkanun melibatkan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Hishamuddin Hussein dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.

Perbalalahan dalaman parti turut melibatkan tuduhan yang dilontar oleh Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim, terhadap Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

BACA JUGA : https://www.inforakyat.net/panas-mp-umno-dedah-zahid-menipu-notis-panggil-parlimen-14-hari/

Semalam, Nazri mendedahkan beliau menjadi penggerak dalam mengumpulkan tandatangan akuan berkanun (SD) melibatkan 25 daripada 41 Ahli Parlimen Umno yang mahu Hishammuddin menjadi jurucakap mereka sekiranya dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, bukan Zahid.

Beliau mendakwa usaha itu dibuat kerana majoriti Ahli Parlimen BN hilang keyakinan terhadap ‘ketelusan’ Zahid.

Dakwaan ity bagaimanapun dinafikan oleh Zahid.

Lewat petang semalam, tular gambar surat sokongan yang dimuat naik di laman sosial mendakwa Hishammuddin mendapat sokongan sebulat suara BN yang menyokongnya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, pasukan komunikasi beliau segera mengeluarkan penafian dan menjelaskan surat yang mendakwa menteri Luar itu mendapat sokongan BN untuk memimpin kerajaan baharu adalah palsu.

Sebelum itu, Shahidan mendakwa Zahid dan Anwar bersekongkol mengumpul SD dalam kalangan Ahli Parlimen Umno untuk presiden PKR itu dilantik sebagai perdana menteri baharu, sekali gus membelakangkan keputusan parti itu menolak kerjasama dengan Anwar dan DAP.

Shahidan turut menegur Lembaga Displin Umno atas apa yang didakwanya sebagai memilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap ahli parti.

“Lembaga disiplin kena jawab di Akhirat nanti, orang lain dia ambil tindakan tapi presiden langgar keputusan Perhimpunan Agung Umno dia tak ambil tindakan. Ini benda terjadi tapi (Lembaga Displin) mendiamkan diri,” kata Shahidan.

Zahid sebelum ini memecat Shahidan sebagai pengerusi Umno Perlis.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/24/tiada-aduan-untuk-siasat-pemimpin-umno-setakat-ini-kata-ahli-lembaga-disiplin/