‘The Rock’ terkejut tengok gambar anggota polis mirip dirinya

‘The Rock’ terkejut tengok gambar anggota polis mirip dirinya. Nama Dwayne Johnson atau mungkin lebih dikenali sebagai The Rock cukup terkenal dalam kalangan peminat filem Hollywood.

Terbaru, namanya telah dikaitkan dengan seorang polis yang mempunyai fizikal dan wajah serupa dengan pelakon tersebut.

Menurut Daily Star, imej polis Alabama, Eric Fields itu telah tular selepas ia dimuatnaik di laman Facebook rasmi Sheriff Morgan County.

Gambar Eric yang berpakaian uniform dan tersenyum pada kamera itu dibandingkan dengan gambar The Rock dalam posisi yang sama.

The Rock

Lantaran itu, Dwayne telah memberi respon terhadap perbandingan berkenaan semalam dengan mengulangciap gambar dirinya dan polis tersebut dalam satu ciapan di Twitter.

“Wow. Lelaki yang di sebelah kiri lebih cool. Semoga selamat brother dan terima kasih atas khidmat,” katanya.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/01/viral-polis-muka-dan-badan-mirip-dengannya-ini-respon-the-rock-bila-dapat-tahu/

BACA: Hujah Idrus ‘mengarut’ dan memalukan Pejabat Peguam Negara – NGO