Thailand benar pelancong lengkap vaksin, Malaysia tersenarai?

Thailand akan membenarkan pelancong daripada 46 negara yang telah lengkap vaksin untuk memasuki negara itu tanpa perlu kuarantin bermula 1 November depan, kata Perdana Menterinya Prayut Chan-O-Cha.

Beliau berkata senarai 46 negara itu adalah pertambahan daripada 10 negara yang diumumkannya sebelum ini.

Negara itu telah bersedia untuk memperkenalkan pelancongan tanpa kuarantin bagi menghidupkan semula sektor terbabit yang menjadi nadi penting di sana.

Thailand benar pelancong lengkap vaksin, Malaysia tersenarai?

Menurut Kementerian Luar Thailand, antara negara yang dibenarkan itu termasuk Britain, Amerika Syarikat (AS), China, Singapura, Jerman dan Australia.

Prayuth berkata pelancong dikecualikan daripada kuarantin selagi mereka memasuki Thailand menerusi laluan udara dan telah lengkap vaksinasi serta memiliki dokumen yang membuktikan mereka tidak dijangkiti virus.

Thailand akan membuka semula Bangkok dan beberapa lokasi utama pelancongan termasuk Hua Hin dan Pattaya, di mana perintah berkurung akan ditamatkan hujung bulan ini, menurut Royal Gazette semalam.

Syarat kemasukan yang ketat dan langkah kuarantin sebelum ini telah membantu negara itu mengawal penularan virus sejak beberapa bulan lalu namun ia menyaksikan penurunan kedatangan pelancong yang ketara selepas mencatatkan kemasukan hampir 40 juta pelancong pada 2019.

Thailand mengalami kerugian kira-kira AS$50 bilion hasil pendapatan daripada sektor pelancongan tahun lalu, iaitu penurunan sebanyak 82%.

BACA JUGA : Penerima vaksin Sinovac perlu dos penggalak Pfizer
KKM beri jaminan akan pastikan situasi seperti PRN Sabah tidak akan berulang
Bubar DUN : Ketua Menteri Sarawak akui menghadap Agong, dedah isi perbincangan

COMMENTS

Wordpress (0)