Termenung panjang pemuda ini bila lihat beza gaji Engineer di Jepun dengan Malaysia

Termenung panjang pemuda ini bila lihat beza gaji Engineer di Jepun dengan Malaysia.PEKERJA di Malaysia undervalued? Baru-baru ni Abang Sabu sengaja cari kerja di Malaysia. Terkejut tengok! Requirements untuk kerja engineer terlalu tinggi dan job scope terlalu luas. Tengok balik gaji yang ditawarkan, cuma RM2,500 sebulan. Tutup dan tengok lagi sekali. Takut tersalah tengok. Ya, memang betul. Gaji RM2,500.

Kawasan kerja di Puchong dimana kos sara hidup yang agak tinggi walaupun di pinggir bandar. Kos pengangkutan, tol, minyak dan parkir pula perlu ditanggung sendiri. Ditambah dengan syarat “kena ada kenderaan sendiri” pula dimana menelan kos sekitar RM300 sebulan.

Kira-kira, bersih selepas tolak kos kenderaan, pengangkutan , cukai, insuran dan KWSP adalah sekitar RM 1,500 sahaja. Belum tolak sewa rumah, makan lagi. Tolak sewa rumah, tinggal dalam RM 1,000.

Perbandingan kos sara hidup Jepun dengan Malaysia

Lepas itu banding pula kerja engineer yang hampir sama di Jepun. Gaji melebihi RM20,000 sebulan. Kos pengangkutan pula ditanggung syarikat. Gaji bersih yang boleh dikumpul adalah sekitar RM18-19,000 sebulan lepas tolak cukai, insuran dan KWSP.

Sewa rumah sekitar RM2,000-3,000. Bersih selepas tolak sewa rumah, cukai, insurans, KWSP, kos pengangkutan adalah sekitar RM 15,000-17,000 sebulan. Skop kerja lebih kecil, gaji jauh lebih besar.

Adakah gaji di Malaysia terlalu rendah atau Jepun yang tinggi

Persoalannya, adakah gaji di Malaysia underpaid ataupun kerja di Jepun overpaid? Bagi saya rasanya pekerja profesional di Malaysia sangat underpaid. Engineer hanya gah pada nama, bukan pada kewangan.

Ditambah lagi dengan skop kerja pelbagai. Kadang kala macam terlalu ridiculous. Gaji ditawarkan rendah, tapi expectation tinggi. Terlalu ramai rakan-rakan saya yang belajar di Jepun bersama saya yang pulang ke Malaysia terpaksa tukar bidang. Lari keluar daripada bidang engineer.

Menjadi punca engineer graduan Jepun lari bidang pekerjaan

Setakat yang saya tahu. Gaji paling tinggi engineer grad Jepun boleh dapat sekitar RM 3,500. Dengan kenaikan gaji vs kenaikan sara hidup, ramai yang lari ke bidang customer service. Dengan hanya menggunakan kebolehan berbahasa Jepun, gaji boleh mencecah RM 8,000 sebulan.

Kerja lebih mudah, gaji lebih tinggi. Siapa tak nak kan? Maaf, panjang pulak meroyan. Saya hanyalah slowly mengintai peluang untuk pulang berbakti di tanah air.

Siapa nak kerja Jepun? Basically kena pandai cakap Jepun sebab mereka tak reti bahasa lain selain Jepun. JLPT N2 sudah memadai. Kalau nak kerja illegally ada sahaja. Tapi nanti kena kerah atau tipu tak ada siapa nak back up. Risiko tinggi.

Termenung panjang pemuda ini bila lihat beza gaji Engineer di Jepun dengan Malaysia

Termenung panjang pemuda ini bila lihat beza gaji Engineer di Jepun dengan Malaysia

Termenung panjang pemuda ini bila lihat beza gaji Engineer di Jepun dengan Malaysia

Berdasarkan perkongsian artikel yang dibuat, beliau turut menerima beberapa soalan daripada pihak netizen sekaligus beliau memilih untuk menjawabnya.

Difahamkan beliau membandingkan dengan Jepun kerana beliau sudah berbelas tahun menetap di Jepun serta mahu pulang ke Malaysia. Perbandingan yang dibuat adalah berdasarkan cara hidup sendiri serta tidak membandingkan dengan kos sara hidup yang mewah di Jepun.

Dari segi gaji pekerjaan, perbandingan yang dibuat bukanlah daripada gaji fresh graduate kedua-dua negara sebaliknya membandingkan dari segi skill yang diperlukan sesebuah syarikat.

Selain itu, beliau juga turut menyatakan meskipun terdapat sedikit perbezaan dari segi job scope, namun perbandingan kasar yang dibuat adalah masih dalam bidang engineering.

BACA JUGA : Suntikan vaksin dos keempat didapati kurang berkesan cegah Omicron
Pastikan anda ‘alert’ dengan 20 perkara ini, elak kena ‘pow’ waktu servis kereta
Toyota Corolla Cross berjaya atasi jualan HR-V, ini puncanya..

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)