Terlalu ramai datang minta bantuan, Pejabat Parlimen Muar diarah tutup – Syed Saddiq

Terlalu ramai datang minta bantuan, Pejabat Parlimen Muar diarah tutup – Syed Saddiq

Terlalu ramai datang minta bantuan, Pejabat Parlimen Muar diarah tutup .Saya nak maklumkan yang Pejabat Parlimen Muar telah diarahkan tutup bermula esok.

Sejak 2 hari lepas, saya dan team Muar telah bekerja untuk mengagihkan bantuan makanan kepada 5,000 keluarga Muar.

Biasanya ada dalam 150+ keluarga datang setiap hari. Tapi sejak 2 hari lepas, jumlah keluarga yang datang telah naik tinggi.

Orang sedang susah, lapar dan sakit. Mereka wajib dibantu.

Pejabat saya tak boleh tolak orang yang mahu datang. Nak suruh mereka pulang sebab orang ramai, tak sampai hati. Rakyat Parlimen Muar adalah tanggungjawab saya.

bantuan

Apa yang saya dan team Muar dah buat untuk jaga SOP:

1. Kami sediakan sistem kupon. 100 kupon setiap hari untuk ambil bantuan makanan kepada 100 keluarga.

2. Kami guna khidmat RELA untuk kawal situasi di luar pejabat.

3. Kami sudah hantar surat mohon pihak polis untuk bantu jaga semua yang hadir ke pejabat.

4. Saya juga sudah agihkan sejumlah bantuan makanan kepada semua ketua kampung untuk agihkan di kawasan masing-masing.

5. Had jumlah pengunjung ke dalam pejabat juga kami buat. Yang lain, perlu beratur dengan jarak sesuai di luar pejabat.

Tapi hakikatnya ramai lagi yang perlukan bantuan makanan segera. Saya tidak boleh dan tak akan sesekali halang rakyat Parlimen Muar untuk datang ke pejabat.

Tapi hari ni, pihak polis juga datang dan arahkan Pejabat Parlimen ditutup. Orang terlalu ramai.

Ini bermaksud edaran bantuan makanan akan lebih lambat sampai ke tangan keluarga penerima. Rumah ke rumah memang ada kami buat, tetapi ambil masa.

Saya terpaksa ambil sedikit ruang bersama pejabat Muar untuk fikir cara lain nak edarkan dengan cepat.

Realitinya, ramai lagi rakyat Parlimen Muar yang susah, lapar dan sakit. SOP memang dipatuhi, tetapi saya memang tidak boleh kawal jumlah penerima yang datang ke pejabat.

Kalau mahu kenakan kompaun kepada orang ramai yang datang ke pejabat, saya minta jangan kompaun mereka.

Kompaun saya tak apa. Pejabat itu di bawah kawal selia saya. Urusan bantuan makanan ini pun urusan saya dan pejabat saya.

Jangan tambah beban rakyat Parlimen Muar. Mereka hanya mahu bantuan sampai ke tangan keluarga mereka.

Sumber :

Jika Terlepas: Elak tertumpu di CAC Shah Alam, kunjungi CAC terdekat – MB