Terkini !!! Tun M dijangka buat sidang media khas pukul 4.30 petang

Terkini !!! Tun M dijangka buat sidang media khas pukul 4.30 petang

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini.

Proton X70 yang dipercayai dinaikinya memasuki pintu utama Istana Negara kira-kira 2 petang.

Selepas hampir sejam menghadap Sultan Abdullah, Mahathir meninggalkan perkarangan Istana Negara kira-kira 3 petang tanpa bercakap kepada media.

Beliau dijadual mengadakan sidang media dalam talian pada 4.30 petang ini bagi memaklumkan perbincangannya dengan Agong.

Pengerusi Pejuang itu adalah pemimpin politik ketujuh yang menghadap Agong sejak semalam.

Ini kali pertama Mahathir menghadap Agong secara bersemuka setelah melepaskan jawatan perdana menteri pada Februari tahun lalu yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Sebelum ini, beliau dua kali menghantar permohonan kepada Agong untuk menghadap selepas perisytiharan darurat pada Januari lalu.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/10/giliran-dr-m-menghadap-agong/