Terkini !!! Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia kerana Covid-19

Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu (PRS), James Jemut Masing disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Beliau dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia kerana Covid-19

James Jemut Masing

Memetik perkongsian di laman Facebook Sarawak Update, Presiden Parti Rakyat Sarawak itu dimasukkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas disahkan positif Covid-19 pada September lalu.

Difahamkan Masing sudah melengkapkan dua dos vaksin.

Berita pemergian Masing turut disahkan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Abdullah Saidol.

BACA JUGA : PRN Melaka : Guna logo Pas, Hamzah kata Tuan Ibrahim buat lawak
Panas !!! Pemimpin Umno dedah kenapa Bersatu ‘paksa’ Pas guna logo PN
“Tak ada satu pun insentif diumum dalam bajet beri manfaat buat diriku”

Artikel ini disiarkan pada 31/10/2021

COMMENTS

Wordpress (0)