Terkini !!! Tiada lagi ‘berebut’ AstraZeneca, semua kena tunggu giliran ikut MySejahtera – Khairy

Terkini !!! Tiada lagi ‘berebut’ AstraZeneca, semua kena tunggu giliran ikut MySejahtera – Khairy

Vaksin AstraZeneca tidak lagi akan ditawarkan secara sukarela, sebaliknya akan dimasukkan kembali ke dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini.

“Kita telah membuat keputusan bahawa bekalan vaksin AstraZeneca yang akan diterima pada bulan-bulan yang akan datang tidak lagi akan dilaksanakan secara opt-in sebaliknya akan kembali dimasukkan ke dalam senarai vaksin arus perdana PICK,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk membolehkan orang ramai memilih vaksin yang mereka mahukan melalui aplikasi MySejahtera.

Beliau juga memohon maaf berhubung kesulitan dihadapi orang ramai ketika membuat tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela bagi pusingan kedua yang dibuka tengah hari Rabu.

“Pengalaman pengguna atau “user experience” yang dilalui menyebabkan ramai yang kecewa akibat kegagalan sistem untuk memproses permintaan yang amat tinggi dengan cekap. Yes, it could have been much much better executed,” katanya lagi.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/astrazeneca-tidak-lagi-ditawar-secara-sukarela-akan-kembali-ke-pick-300149