Terkini !!! Sumber dalaman dedah kelonggaran rentas negeri bakal diumum dalam masa terdekat

Sumber dalaman dedah kelonggaran rentas negeri bakal diumum dalam masa terdekat. Kerajaan telah membuat pengumuman berhubung beberapa kelonggaran di negeri-negeri yang sudah beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu mengumumkan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 PPN mulai esok.

Banyak sektor sudah dibenarkan untuk beroperasi dengan syarat tertentu, selepas kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat penilaian risiko dalam memerangi pandemik COVID-19.

Kini, pengumuman yang paling dinantikan rakyat adalah berkenaan kelonggaran merentas negeri; bilakah kerajaan akan membuat pengumuman berkaitan perkara itu?

Menurut sumber dalaman yang rapat dengan perkara ini, kerajaan dijangka membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat.

Perkembangan itu selaras dengan pengesahan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sendiri, baru-baru ini, bahawa pihaknya dalam peringkat akhir memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri sebelum dikemukakan kepada MKN.

 kelonggaran

Dalam satu sidang media di kementeriannya, beliau meminta rakyat Malaysia bersabar untuk melakukan aktiviti rentas negeri bagi menziarahi keluarga masing-masing.
“Ada harapan (rentas negeri), cuma saya minta sabar sekejap,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Pada masa sama, banyak pihak termasuk pakar perubatan mahu SOP yang berkaitan diperkemaskan supaya keputusan yang dibuat tidak mengundang risiko kepada rakyat.

Pengumuman Lembah Klang beralih ke Fasa 2 PPN yang dibuat oleh Ismail Sabri semalam telah menyebabkan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghela nafas lega selepas sekian lama tidak dibenarkan merentas daerah, selain dikenakan pelbagai sekatan disebabkan Fasa 1 PPN.

Antara kelonggaran yang dibenarkan bermula esok termasuk aktiviti pelancongan dalam negeri melibatkan penginapan di hotel dan rumah inap bagi individu yang lengkap dua dos vaksin, selain banyak aktiviti sukan terbuka dan tertutup.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kelonggaran-rentas-negeri-diumum-dalam-masa-terdekat-sumber-318804

BACA: KKM lancar laman web baru lagi berkaitan Covid-19