Terkini!!! Sidang media pengumuman bantuan PKP 3.0

Terkini!!! Sidang media pengumuman bantuan PKP 3.0

Sidang media khas malam ini memaparkan beberapa bantuan khas kepada rakyat yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP 3.0)

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian stesen media elektronik negara.

Pada Jumaat, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.