Terkini !!! ‘#SiBodohKauDengarSini’ trending di Twitter

Warga Twitter menghambur kemarahan terhadap pengumuman pakej rangsangan PM sejak petang tadi. Marahnya bukan kepalang, #SiBodohKauDengarSini

Tanda pagar ini menduduki senarai teratas topik perbincangan. Teringat saya #kangkung yang memecahkan laluan internet negara kita dulu.

Tidak mudah membentuk pendapat umum, “manufacturing consent”, lagi ketika media sudah terbuka. Rakyat sentiasa perhati gelagat pemimpin.

Memang kita boleh nafi dampak suara-suara ini. Dan selalunya pula, ketewasan orang berkuasa bermula dengan penafian dan sindrom sangkalan, denial syndrome.

Saya tidak kata suara ini mewakili pengundi. Tetapi sebagai pemerhati, saya suka jika orang politik boleh mengandaikan suara ini permukaan atas sebongkah ais kutub, tip of iceberg.

Hati-hati siapa yang bermain politik.

COMMENTS

Wordpress (0)