Terkini !!! Senarai kabinet? Ismail Sabri akhirnya buka mulut

Terkini !!! Senarai kabinet? Ismail Sabri akhirnya buka mulut

Pelbagai versi mengenai senarai kabinet baru sedang tular di media sosial tetapi perdana menteri yang baru dilantik Ismail Sabri Yaakob mengingatkan bahawa semua yang berkenaan adalah palsu.

Menurutnya, ini kerana dirinya masih belum membuat sebarang keputusan. Namun, dia berkata bahawa kabinet baru akan diumumkan dalam minggu ini.

“Jangan percaya, banyak sekarang ini keluar nama menteri kabinet, setiap hari ada senarai baru.

“Tunggu pengumuman (nama menteri kabinet). Senarai belum ada.

“Saya akan pertimbang semua,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan bencana di Titi Hayun, di Yan hari ini.

Hadir sama adalah Menteri Besar, Muhammad Sanuni Md Nor.

Ismail Sabri berkata, sebaik memuktamadkan senarai itu, ia akan disembah maklum untuk mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai perdana menteri kesembilan Sabtu lalu, mengambil alih jawatan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Sebanyak 15 daripada 38 ahli parlimen Umno menarik sokongan mereka terhadap kerajaan gabungan Muhyiddin yang terdiri daripada Perikatan Nasional, BN, PAS, GPS, PBS dan wakil rakyat bebas.

Namun, 14 daripada 15 ahli parlimen Umno kembali menyokong gabungan itu setelah disepakati bahawa Ismail Sabri, yang adalah naib presiden Umno, mengambil alih jawatan perdana menteri.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, jawatan timbalan perdana menteri juga belum diputuskan walaupun terdapat beberapa cadangan.

Menyentuh cadangan supaya jawatan itu dilantik dalam kalangan wakil rakyat Sabah dan Sarawak, Ismail Sabri berkata dia bersedia mempertimbangkan cadangan berkenaan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Dia juga meminta orang ramai supaya tidak mempercayai senarai nama menteri kabinet palsu dikeluarkan oleh pihak tertentu.

“Jangan percaya, banyak sangat keluar nama-nama menteri… setiap hari ada senarai baru.

“Tetapi bagus juga kerana ia boleh membantu saya untuk melihatnya,” katanya secara berseloroh.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/588302

Baca Juga : Panas !!! Ahli MKT Umno bimbang dengan tindak tanduk Ismail Sabri