Terkini !!! Selepas pertemuan, PM dan pemimpin PH keluar kenyataan bersama

Selepas pertemuan, PM dan pemimpin PH keluar kenyataan bersama.

YAB PERDANA MENTERI DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG

Menjunjung kasih di atas nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ril’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah A-Musta’in Billah untuk meredakan suhu politik dalam negara, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menjemput pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi merealisasikan titah hasrat Baginda Tuanku.

Hadir dalam pertemuan tersebut adalah YB Dato’ Seri Anwar lbrahim, Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Tuan Haji Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) dan YB Tuan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Parti Demokratik Rakyat (DAP) di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam ini, tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik COVID-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan Persetujuan bersama dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

Kami juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan vang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri
YÀB Dato’ Sri lsmail Sabri Yaakob

Ketua Pembangkang (Presiden PKR)
YB Dato’ Seri Anwar lbrahim

Presiden AMANAH
YB Tuan Haji Mohamad Sabu

Setiausaha Agung DAP
YB Tuan Lim Guan Eng

Kenyataan Bersama

BACA JUGA : Panas !!! Anwar buka mulut selepas pertemuan dengan PM