Terkini !!! Selepas Denmark “haramkan” vaksin AstraZeneca, menteri sahkan ianya selamat untuk warga emas

Terkini !!! Selepas Denmark “haramkan” vaksin AstraZeneca, menteri sahkan ianya selamat untuk warga emas

Kementerian Kesihatan mengumumkan AstraZeneca selamat.

Pengumuman itu dibuat tiga hari selepas Malaysia menerima bekalan pertama vaksin itu melalui Covax – inisiatif Pertubuhan Keselamatan Dunia (WHO) bagi menjamin akses global vaksin Covid-19.

Dalam sidang media hari ini Adham Baba mengesahkan bahawa vaksin itu selamat dan ia akan diberikan kepada golongan berumur 60 tahun ke atas, lapor Reuters.

Denmark pada bulan lalu mengumumkan keputusan untuk memberhentikan penggunaan vaksin AstraZeneca, sekali gus menjadi negara Eropah pertama berbuat demikian susulan kebimbangan kesan sampingan.

Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Perubatan Eropah (EMA) mengesyorkan supaya vaksin dihasilkan Universiti Oxford itu tetap digunakan dalam inokulasi, Pengarah Pihak Berkuasa Kesihatan Denmark, Soren Brostrom, bertekad untuk mengambil ketetapan berkenaan.

“Kempen vaksinasi Denmark akan diteruskan tanpa penggunaan vaksin AstraZeneca,” katanya dalam sidang media.

Denmark adalah negara pertama di Eropah memutuskan untuk menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca secara sementara daripada pelan imunisasi selepas wujud laporan berhubung kesan sampingan, iaitu pembekuan darah dalam kalangan penerima.