Terkini !!! Sekolah di Selangor ditutup bermula esok

Terkini !!! Sekolah di Selangor ditutup bermula esok

Semua sekolah di Selangor akan ditutup lebih awal daripada yang dijadualkan bermula esok.

Menurut surat pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Pendidikan Selangor hari ini, penutupan tersebut akan berterusan sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan negeri Selangor (JKKNS) pada 5 Mei 2021 yang mengesyorkan supaya sekolah ditutup pada 6 Mei hingga 12 Mei 2021.

“Syor JKKNS ini adalah satu usaha untuk mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri Selangor.

“Mengambil kira bahawa sesi persekolahan secara bersemuka hanya berbaki dua hari, maka KPM memutuskan agar semua sekolah bawah KPM di negeri Selangor ditutup pada 6 Mei dan 7 Mei 2021.

“Penutupan ini akan berterusan sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri sepertimana yang diumumkan oleh KPM pada 26 April 2021,” kata pekeliling yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Izmi Ismail.

Pekeliling berkenaan yang menjadi tular di media sosial, disahkan oleh seorang pegawai di kementerian tersebut.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/573468