Terkini !!! Rentas negeri bersyarat di negeri PKPP

Terkini !!! Rentas negeri bersyarat di negeri PKPP

Kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri bersyarat untuk aktiviti pelancongan di negeri-negeri yang diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), mulai esok.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, kebenaran itu hanya untuk individu dari negeri yang berada di bawah PKPP menuju ke negeri yang juga berada di bawah PKPP.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan melakukan perjalanan sendiri.

“Mereka harus menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan yang berdaftar di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,” katanya.

Tambah Ismail, perjalanan rentas negeri itu juga perlu menggunakan kenderaan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Negeri yang berada di bawah PKPP ketika ini ialah Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan dan Perlis.

Mengulas lanjut, Ismail memberi contoh dengan mengatakan bahawa seorang individu dari Putrajaya, yang kini berada di bawah PKPP, boleh mengunjungi negeri Melaka yang juga berada di dalam PKPP. Namun, individu berkenaan tidak dibenarkan berhenti di Negeri Sembilan, yang bukan berada di bawah PKPP.

Kelonggaran terbaru ini hadir selepas negara mencatat kes harian Covid-19 di bawah paras 2,000 selama tiga hari berturut-turut.

Keputusan berkaitan dengan industri pelancongan itu dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam, katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/565917