Terkini !!! Rayuan Rosmah batalkan kes rasuah ditolak Mahkamah

Rayuan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansur untuk membatalkan kes rasuah melibatkan projek tenaga solar hibrid untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 billion hari ini ditolak mahkamah.

Memetik laporan Malaysiakini, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap isteri bekas perdana menteri itu.

Tiga panel hakim dipengerusikan oleh Hanipah Farikullah, M Gunalan dan Hashim Hamzah menyampaikan keputusan itu hari ini.

Terkini !!! Rayuan Rosmah batalkan kes rasuah ditolak Mahkamah

Datin Sri Rosmah Mansur.

Menurut Hanipah, hakim bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa mahkamah jenayah tidak mempunyai bidang kuasa memberikan relief perisytiharan yang dipohon Rosmah.

Rosmah membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 September yang menolak permohonannya untuk membatalkan kes itu.

Beliau membuat permohonan itu atas dakwaan surat pelantikan bekas hakim Mahkamah persekutuan Sri Ram sebagai ketua pendakwaan dalam kes rasuah itu tidak sah.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Rizal Mansor.

Ia sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

BACA JUGA : Harga barangan makin tak terkawal, kerajaan buat apa?, keluh orang ramai
Tolak MN : Mursyidul Am Pas sanggah pandangan Hadi

Artikel ini disiarkan pada 06/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)