Terkini !!! Presiden Umno menghadap Sultan Perak pukul 10 pagi

Terkini !!! Presiden Umno menghadap Sultan Perak pukul 10 pagi

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada jam 10 pagi ini.

Ia ada hubung kait dengan penyelesaian kemelut politik Perak dengan kemungkinan penubuhan kerajaan negeri yang baharu.

Semalam, Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, Sultan Nazrin Shah menitahkan semua parti politik di negeri berkenaan mencari formula terbaik membentuk kerajaan negeri baharu.

Baginda bertitah demikian pada sesi terima menghadap beberapa pimpinan parti politik di Istana Kinta di Ipoh.

Ditanya sama ada pihak Istana telah disembah maklum senarai calon Menteri Besar baharu pada pertemuan pagi semalam, Mohd Annuar berkata, perkara itu difahamkan masih dalam perundingan parti-parti politik.

Petang semalam, pada sidang media di kediaman lama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Katanya, beliau telah menyembahkan warkah peletakan jawatan itu kepada Sultan Perak semasa menghadap baginda pada jam 3 petang semalam.

Pada Jumaat, Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.

Usul itu dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) atas alasan untuk membuktikan Ahmad Faizal mempunyai sokongan padu daripada semua 59 ADUN sebagai seorang Menteri Besar.

DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional yang kesemuanya UMNO, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3), PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/politik-perak-zahid-hamidi-menghadap-sultan-perak-hari-ini-271825

COMMENTS