Terkini !!! Presiden Umno kelihatan masuk ke Istana Negara

Terkini !!! Presiden Umno kelihatan masuk ke Istana Negara

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjadi pemimpin pertama tiba di pintu 2 Istana Negara hari ini bagi menghadap Agong.

Tiba menaiki Vellfire berwarna perak, Ahmad Zahid sempat menurunkan tingkap dan melambaikan tangan kepada petugas media yang menunggu di pintu istana.

Hari ini merupakan hari ketiga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap pemimpin-pemimpin parti politik di Istana Negara.

Sejak dua hari lalu, seramai lapan pemimpin parti telah mengadap Sultan Abdullah.

Ini termasuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum mesyuarat kabinet, disusuli Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu – pada hari pertama.

Semalam pula, baginda menerima menghadap Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden MCA Wee Ka Siong, Pengerusi Penaja Pejuang Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan Shafie Apdal

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/578482