Terkini : PM umum tambang MRT, LRT percuma sebulan

PM umum tambang MRT, LRT percuma sebulan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL.
Berita gembira itu disampaikan oleh Perdana Menteri sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini.

Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.

“Kita memahami tentang kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan, dan kos sara hidup meningkat.

Baca Artikel Penuh