Terkini !!! Pengeluaran akaun 1 KWSP RM500 sebulan selama 12 bulan

Terkini !!! Pengeluaran akaun 1 KWSP RM500 sebulan selama 12 bulan

Kerajaan hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 ringgit sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 ringgit untuk 12 bulan.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkta, pengeluaran itu adalah bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

Katanya, mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion ringgit. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya.

Selain itu, Zafrul berkata, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada sembilan peratus mulai Januari tahun depan untuk tempoh 12 bulan.

“Ini bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay. Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.

“KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.

“Skim ini telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai 11.6 bilion ringgit,” katanya.

Berita penuh :https://www.malaysiakini.com/news/549729

COMMENTS