Terkini !!! Pendaftaran AstraZeneca kini dibuka sekarang…

Terkini !!! Pendaftaran AstraZeneca kini dibuka sekarang…

Pendaftaran vaksin AstraZeneca untuk kali kedua akan dibuka kepada individu berumur bawah 60 tahun mulai hari ini.

Pendaftaran untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak serta Johor itu akan dibuka pada jam 12 tengah hari hari ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata keutamaan tetap diberikan kepada golongan warga emas.

Khairy yang juga menteri sains teknologi dan inovasi (Mosti) berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di Putrajaya yang disiarkan di atas talian.

Sebelum ini, pendaftaran pusingan kedua vaksin itu bermula 23 Mei hanya dibuka kepada golongan lebih 60 tahun.

Seramai 228,347 orang telah mendaftar untuk menerima AstraZeneca.

Sementara itu, Khairy berkata mereka yang diletakkan dalam senarai menunggu sebelum ini akan didaftarkan secara automatik kali ini.

Pendaftaran boleh dibuat di sini.:https://www.vaksincovid.gov.my/astra_zeneca/

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/576093